CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun 

Oleh Shaiful Shamsudin 13 April 2021 180
 CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun 
Pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril dan Hakim Danish Ramli, bersedia menyekat dominasi pelumba-pelumba Jepun dalam Kejohanan Piala Bakat Asia musim ini.

Lima kejayaan podium yang diraih di Qatar menggambarkan betapa kedua-duanya mahu terus menggegar seperti mana yang telah dikongsikan bersama wartawan Astro Arena, Izwan Mohd Nor.

Selepas ini, tumpuan akan terarah kepada tiga lagi pelumba, Adam Norrodin, Syarifuddin Azman serta Sharul Ezwan Sharil yang bersaing dalam Kejuaraan CEV 2021.


 
Posted by ZK Racing on Wednesday, April 7, 2021


Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, yakin pelumbanya akan lebih cemerlang berbanding tahun lalu.

"Tahun ini Adam bergerak ke Eropah lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan di sana. 

"Saya dapat maklum balas yang sangat baik daripada pasukan buat kedua-dua pelumba. 

"Hari ini Syarifuddin akan menjalani ujian terakhir di Estoril (Portugal) sementara saya akan menemani giliran Adam pula pada minggu depan.

"Saya harap dapat melangkah satu tapak ke depan dan meraih sasarannya, " kata Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin.


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen