Sukan Para ASEAN: Misi tawan Asia Tenggara dahulu  -- Jeganathan

Oleh Staff Writer 25 Disember 2019 36
Sukan Para ASEAN: Misi tawan Asia Tenggara dahulu  -- Jeganathan
Ketua jurulatih skuad olahraga para negara, R. Jeganathan, memberi jaminan bahawa tonggak utama negara akan tetap menyertai Sukan Para ASEAN meskipun penangguhan temasya berkenaan, yang sepatutnya diadakan bulan depan, menjejaskan perancangan mereka.

Ridzuan Puzi, Abdul Latif Romly dan Ziyad Zolkefli antara atlet yang kekal menjadi sandaran pingat emas buat negara di Filipina kali ini. 

Penundaan temasya berkenaan ke Mac depan mencetuskan kebimbangan terhadap penglibatan atlet utama memandangkan mereka akan turut terbabit dengan Sukan Paralimpik Tokyo.

Namun, Jeganathan tetap mahukan penglibatan atlet senior negara dengan menjadikan Sukan Para ASEAN salah satu medan persiapan ke Jepun. 

"Saya jamin atlet bimbingan saya akan menghadapi Sukan Para ASEAN. 

"Mereka semua boleh menyumbang pingat, ia satu maruah buat negara di rantau ini. 

"Kemenangan akan menyuntik semangat mereka untuk menghadapi Sukan Paralimpik.

"Mereka perlu jadi juara di Asia Tenggara terlebih dahulu sebelum memandang ke lebih hadapan," katanya. 

Seramai 49 atlet olahraga para negara yang terdiri daripada 17 atlet muda kini dalam persiapan mengharumkan nama Malaysia.
 
"Pelapis sedang berlatih bersama atlet senior. 

"Saya juga ada pihak yang menolong saya, dari Perlis hingga ke Sabah." 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen