Skuad tenis berkerusi roda sasar kelayakan merit 

Oleh Staff Writer 6 Januari 2020 44
Skuad tenis berkerusi roda sasar kelayakan merit 
Perancangan Persatuan Tenis Berkerusi Roda Malaysia (WTM) akan menentukan sama ada atlet negara layak ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tatkala temasya berkenaan hanya berbaki enam bulan lagi. 

Misi skuad para negara pada 2020 adalah melayakkan diri secara merit dalam temasya di Jepun itu.  

"Peluang masih ada lagi. 

"Dalam temasya lalu, kami layak atas tiket peluang khas tetapi kali ini, kami mengharapkan kelayakan secara merit. 

"Atlet lelaki negara, Abu Samah Borhan, kini di kedudukan ke-48 dunia. Dia perlu kekal dalam kelompok itu dengan harapan dapat memperbaikinya.

"Oleh itu, atlet perlu dihantar untuk menyertai kejohanan. Jika tidak, bulan depan ranking Abu Samah mungkin akan tergelincir melepasi tangga ke-50," kata jurulatih para kebangsaan, Ashaari Zainal, di Pusat Tenis Nasional Tun Razak, hari ini. 

Bagaimanapun, beliau tidak mahu anak buahnya berasa kerdil mengenai peluang menaiki podium sekalipun tiket ke Jepun belum di dalam genggaman.  

"Agak sukar untuk dapatkan pingat. 

"Tetapi ia tidak mustahil jika atlet diberi peluang menyertai sekitar 25 hingga 30 kejohanan berbanding sekarang, 10 sahaja."



 
Editor: Shaiful Shamsudin 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen