Skuad para hilang khidmat Felicia

Oleh Ammar Hakim 15 September 2020 20
Skuad para hilang khidmat Felicia
Skuad olahraga para negara terpaksa melupakan khidmat pelari pecut wanita, Felicia Mikat yang dikatakan normal setelah gagal mencapai kriteria ujian perubatan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Perkara itu disahkan ketua jurulatih olahraga para negara , R. Jeganathan, yang berasakan kehilangan sumbangan atlet dari Sabah itu.

Ia susulan ujian yang diambil ketika mahu menyertai Sukan Arafura di Darwin, Australia tahun lalu, keputusannya menunjukkan keadaan fizikal Felicia tidak menepati kriteria minimum kecacatan yang diletakkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC). 

Felicia sebelum ini pernah mencipta sensasi apabila meraih tiga pingat emas acara 100, 200 dan 400 meter pecut ketika Sukan Para ASEAN Singapura 2016 bagi kategori T13 masalah penglihatan mata.

"Felicia tidak boleh mengambil bahagian kerana diklasifikasikan sebagai normal kecuali perlu menjalani semula ujian mata," kata Jeganathan.

Felicia kini sudah tidak bersama pasukan, namun ia bukanlah penamat memandangkan dia masih boleh menjalani diagnosis perubatan pada masa akan datang untuk kembali dalam skuad kebangsaan.

"Jika dia berminat dia perlu menjalani semula ujian penglihatan jika mahu kembali bersama skuad kebangsaan."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen