Para ASEAN: Solihim mahu elak penangguhan pengajian

Oleh Staff Writer 26 Disember 2019 111
Para ASEAN: Solihim mahu elak penangguhan pengajian
Atlet pecut para negara, Ahmad Solihim Mohd Nor, mengelak penangguhan pengajiannya meskipun berdepan jadual padat selepas penundaan Sukan Para ASEAN 2020 ke Mac depan. 

Solihim antara yang terpilih mewakili Malaysia ke Filipina selepas penampilannya dua tahun lalu menyaksikan kejayaan meraih pingat emas di laman sendiri bagi acara 100 meter (T46). 

Atlet berusia 29 tahun itu mengakui berdepan cabaran apabila penundaan tersebut membabitkan kuliah tatkala dia masih berada dalam tahun kedua pengajian. 

Buat masa ini, penuntut jurusan sains pengurusan sukan Universiti Malaya itu kini dalam proses mendapatkan pelepasan tanpa melibatkan sebarang penangguhan berlaku.

"Sepatutnya saya telah menangguhkan pengajian kerana seharusnya Sukan Para ASEAN dipertandingkan lebih awal. Saya akan cuba berbincang dengan pihak pengurusan dan berharap tidak perlu menangguhkan pengajian saya lagi," katanya.

Selain acara 100 meter, Solihim turut akan beraksi bagi acara 200m (T46) di Filipina nanti.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen