Para ASEAN: Skuad powerlifting sasar tiga emas

Oleh Staff Writer 9 Januari 2020 13
Para ASEAN: Skuad powerlifting sasar tiga emas
Misi mengutip tiga pingat emas dalam Sukan Para ASEAN Filipina, Mac ini menjadi keutamaan skuad powerlifting negara sebagai penanda aras untuk bersiap menghadapi Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Sasaran itu berdasarkan analisis jumlah angkatan yang dilakukan barisan anak buah sepanjang tempoh latihan di Majlis Sukan Negara (MSN), Kampung Pandan.

Sandaran utama Malaysia tertumpu kepada penyandang tiga kali pingat emas kategori 97 kilogram, Jong Yee Khie, serta juara dunia 2019, Bonnie Bunyau Gustin.

Justeru, sasara tiga emas dianggap sebagai realistik, sekali gus mahu cuba mengubat kedukaan ketika temasya Kuala Lumpur 2017 apabila skuad negara hanya memperoleh satu emas menerusi Yee Khie.

"Tiga emas menjadi sasaran skuad powerlifting negara bagi Sukan Para ASEAN. Ia jauh lebih tinggi jika dibandingkan pencapaian yang diraih dalam temasya dua tahun lalu," kata jurulatih negara, Jamil Adam.

Dalam masa sama, skuad negara menerusi Yee Khie dan Bonnie juga berjuang untuk merebut slot ke Paralimpik Tokyo 2020 dengan tarikh tutup kelayakan ialah April ini.

Yee Khie perlu melepasi angkatan 165 kilogram untuk menempah penampilan keduanya dalam Sukan Paralimpik sementara Bonnie pula mendapatkan angkatan 135kg jika turut sama mahu ke Tokyo.

"Sukan Para ASEAN ini penting tetapi Sukan Paralimpik merupakan keutamaan. Kami akan menyertai beberapa kejohanan bagi mengumpul mata untuk layak beraksi di Tokyo nanti," kata Yee Khie.



Editor: Ammar Hakim
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen