Para ASEAN: Jeganathan optimis atlet negara bakal sumbang emas di Manila

Oleh Staff Writer 17 Disember 2019 24
Para ASEAN: Jeganathan optimis atlet negara bakal sumbang emas di Manila
Ketua jurulatih skuad olahraga para negara, R. Jeganathan, kekal optimis dengan kemampuan anak buahnya untuk bertindak sebagai lubuk pingat emas menjelang Sukan Para ASEAN yang akan berlangsung di Filipina awal tahun depan.

Prestasi hambar dalam Kejohanan Paralimpik Dunia (IPC) selain ketiadaan muka baru sebagai pelapis utama barisan atlet elit para negara bukan kebimbangan buat Jeganathan.

Malah, jurulatih itu masih berpandangan kekuatan atlet para negara di peringkat Asia Tenggara masih milik Malaysia, terutama dalam lapangan olahraga.

"Saya sangat berpuas hati dengan persiapan atlet-atlet negara. Saya mahu melihat mereka menampilkan persembahan terbaik sebagai persiapan ke Sukan Paralimpik 2020," katanya.

Tegasnya lagi, sasaran utama ketika ini adalah laluan ke Tokyo 2020, malah pentas Para ASEAN hanyalah medan pemanas badan untuk anak buahnya.

"Buat masa ini, terdapat beberapa atlet yang bakal bersama skuad negara ke Manila masih meneruskan latihan di negeri masing-masing."

Nama-nama elit seperti Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly melewati persediaan rapi sebelum berlepas ke Manila bulan depan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen