Para ASEAN: Iqbal sokong tindakan Megat Shahriman

Oleh Staff Writer 26 Disember 2019 162
Para ASEAN: Iqbal sokong tindakan Megat Shahriman
Naib Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Muhd Iqbal Sulaiman, berdiri di belakang presiden badan induk itu, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, apabila kontinjen negara menyatakan keinginan untuk menuntut ganti rugi daripada Filipina kerana menangguhkan Sukan Para ASEAN ke Mac depan.

MPM bakal menuntut ganti rugi daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Filipina (PHILAPGOC) akibat keputusan saat-saat akhir mereka menangguhkan temasya dwitahunan itu.

Tuntutan tersebut berdasarkan beberapa perkara dipertimbangkan badan induk ini selepas mengambil kira kerugian ditanggung kontinjen Malaysia.

Bagaimanapun, keputusan itu bergantung kepada hasil perbincangan dengan Persekutuan Sukan Para ASEAN (ASPF) di Bangkok, 6 dan 7 Januari ini.

"Ia merupakan tindakan terbaik. Bukan sahaja Malaysia tetapi setiap negara yang bertanding dalam Sukan Para ASEAN kerana telah membeli tiket penerbangan serta penginapan, jadi tindakan presiden MPM adalah tepat," kat Iqbal.

Sukan Para ASEAN Ke-10 itu pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 24 Januari 2020, namun atas masalah dihadapi, ia dicadang diadakan dari 20 hingga 28 Mac depan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen