Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, memaklumkan atlet negara yang akan ke Sukan Olimpik akan menerima vaksin Covid-19 seawal -awalnya 13 April ini.

Menurutnya lebih kurang 200 atlet yang terlibat dalam temasya Sukan Olimpik akan divaksin pada tarikh tersebut serta dirinya sendiri.

Atlet juga boleh menerima vaksin daripada luar negara seperti pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang menerima dua dos suntikan vaksin di Qatar.

“Tarikh suntikan itu dibuat juga bersempena 100 hari ‘countdown’ untuk ke Sukan Olimpik yang dijangka berlangsung pada pertengahan Julai depan,” katanya.