Rosberg tekad pintas Hamilton di selekoh pertama

Oleh Staff Writer 13 November 2016 0
Rosberg tekad pintas Hamilton di selekoh pertama

Nico Rosberg kekal optimis dengan peluangnya untuk memenangi GP Brazil, sekaligus mengesahkan kejuaraan dunia Formula 1 musim ini.

Rosberg akan memulakan perlumbaan di tempat kedua susulan rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton, melakar masa terpantas ketika sesi kelayakan pada Sabtu di Interlagos.

Rosberg ketika ini mendahului kejuaraan dengan 19 mata dan pemandu Jerman itu mampu menamatkan saingan kejuaraan dengan kemenangan pada Ahad.

"Saingan kelayakan berlangsung dengan sengit tetapi tidak cukup bagus untuk memintas masa Hamilton," kata Rosberg.

"Tetapi saya tidak gusar kerana tahun ini telah membuktikan bermula di petak pertama tidak selalunya mengesahkan kemenangan, jadi saya optimis mampu melakar kemenangan.

"Rancangan saya adalah untuk memintas Lewis di selekoh pertama. Saya tahu bukan mudah untuk melakukannya kerana selekoh agak pendek tetapi saya akan berikan segalanya."



Tentang Penulis

Staff Writer

Komen