Pembaharuan kontrak bukan fokus utama -- Vettel

Oleh Staff Writer 21 Oktober 2016 2
Pembaharuan kontrak bukan fokus utama -- Vettel

Kontrak baharu bukan keutamaan buat Sebastian Vettel dan Ferrari tatkala kalendar Formula 1 musim ini menghampiri penutup.

Kontrak pemandu Jerman itu dijangka berakhir pada tahun hadapan, namun juara dunia empat kali itu dijangkan tidak akan ditawarkan pembaharuan kontrak.

Ketua pasukan Ferrari, Maurizio Arrivabene, mencetuskan persoalan ketika di GP Jepun apabila mencadangkan Vettel perlu membuktikan dirinya layak bersama pasukan itu.

Vettel turut melihat pentingnya pasukan itu untuk menamatkan musim ini dengan keputusan lebih baik di samping menekankan pentingnya menghasilkan jentera lebih mantap bagi menghadapi musim depan.

"Kami agak sibuk ketika ini, kami sedang fokus untuk menghadapi baki empat perlumbaan di samping bersiap sedia untuk musim depan," katanya.

"Musim depan adalah fokus utama kami. Saya tidak rasa soal kontrak jadi elemen penting ketika ini.

"Dengan banyak perkara yang sedang berlaku, saya tahu kami sibuk jadi saya mahu fokus pasukan ini terarah kepada menghasilkan jentera terbaik."

Vettel dan rakan sepasukan, Kimi Raikkonen, terlepas peluang menaiki podium di GP Jepun namun pelumba berusia 29 tahun itu berharap dapat memperbaiki pemanduan di Austin.

"Di Jepun, kami membuat beberapa kemajuan, jadi itu satu petanda positif," tambahnya.

"Bagaimanapun, apa yang penting, kami perlu berjuang dan berikan segala-gala yang termampu.

"Kami lebih bersedia kali ini."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen