GP Mexico: Rosberg puas hati dengan tempat kedua

Oleh Staff Writer 31 Oktober 2016 0
GP Mexico: Rosberg puas hati dengan tempat kedua

Pendahulu kejuaraan Formula 1, Nico Rosberg, mengakui dia cukup berpuas hati dengan perlumbaan di GP Mexico meskipun meraih tempat kedua di belakang rakan sepasukan, Lewis Hamilton.

Hamilton meraih kemenangan ke-51 dalam kariernya tatkala Mercedes mengungguli kedudukan satu-dua.

Kemenangan pada Ahad memastikan Hamilton kekal dalam perebutan kejuaraan musim ini meskipun ketinggalan 19 mata di belakang Rosberg.

Bercakap dalam sidang media, Rosberg berkata: "Lewis cukup laju minggu ini, saya perlu berpuas hati dengan kedudukan kedua.

"Kami menempuh saingan yang cukup sengit hari ini. Pada awal perlumbaan, saya dipaksa bekerja keras menghadapi cabaran daripada Max (Verstappen), jadi pada saya menduduki tempat kedua sudah cukup bagus."

Rosberg mampu meraih kejuaraan dunia sulung musim ini jika dia berjaya mendominasi GP Brazil yang akan berlangsung dua minggu dari sekarang.

"Ketika ini, saya mahu memikirkan perkara yang saya terlepas pandang hari ini.

"Namun, sudah tentu saya akan fokus terhadap perlumbaan seterusnya esok.

"Saya akan kekal dengan rancangan saya untuk cuba menang di sana nanti."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen