Cadangan Ecclestone kurangkan tahap keselamatan F1 dikecam

Oleh Staff Writer 28 Oktober 2016 0
 Cadangan Ecclestone kurangkan tahap keselamatan F1 dikecam

Cadangan Bernie Ecclestone untuk membuat sukan Formula 1 lebih menarik dengan mengurangkan tahap keselamatan, menjadi fokus utama sidang media menjelang GP Mexico.

Ketua Eksekutif F1 itu mencadangkan pembinaan dinding di selekoh bagi membuatkan sukan itu lebih menarik dan mencabar, namun idea tersebut dilihat hanya membawa bahaya kepada pelumba.

Ecclestone menggambarkan kemalangan yang dialami Fernando Alonso di GP Australia, Mac lalu, bagaikan hiburan dengan mengatakan insiden seperti itulah yang penonton mahukan.

Pelumba yang berhimpun di Mexico, bagaimanapun, kurang senang dengan kenyataan tersebut.

"Pada saya, ada 10 perkara lain yang perlu diberikan tumpuan jika mahu menjadikan F1 lebih menarik, tetapi bukanlah dengan menurunkan tahap keselamatan sukan ini.

"Itu pendapat saya," kata pelumba pasukan Mercedes dan pendahulu kejuaraan, Nico Rosberg.

Pemandu Toro Rosso, Carlos Sainz, turut menyatakan persetujuan terhadap kenyataan Rosberg, namun mengakui dia mahukan sukan itu tampil lebih mencabar.

"Keselamatan sangat mustahak, namun saya yakin kami mampu menggunakan beberapa alat bagi membuatkan perlumbaan lebih mencabar."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen