Bottas akui belum serasi dengan Mercedes

Oleh Staff Writer 3 Mac 2017 3
Bottas akui belum serasi dengan Mercedes

Valtteri Botas mengakui dia sedang bergelut untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baharu setelah berhijrah daripada Williams untuk menyertai Mercedes menjelang permulaan Formula 1 musim 2017.

Pelumba Finland itu dilamar Mercedes bagi menggantikan Nico Rosberg, yang bersara sejurus menjuarai edisi musim lalu.

Bottas berjaya melengkapkan simulasi perlumbaan penuh dan turut mencuba jentera baru dalam ujian litar basah, semalam.

Walaupun mengakui berdepan cabaran menyesuaikan diri bersama pasukan gergasi F1 itu, dia menegaskan hari demi hari segalanya berjalan dengan lebih mudah.

"Saya semakin selesa dengan pasukan," katanya.

"Saya berasa sangat baik ketika ini. Contohnya, pagi ini saya bersarapan dan ketika itu segalanya tampak normal. Perasaan itu cukup mengujakan.

"Pada saya, segalanya berjalan dengan baik. Berpindah pasukan merupakan satu cabaran besar melangkaui jangkaan awal saya tetapi ia masih mampu dilakukan."

"Saya masih mempunyai masa sebelum perlumbaan pembuka tirai di Melbourne untuk melakukan analisis bersama jurutera pasukan. Saya yakin kami akan bersedia menghadapi musim baru."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen