Azlan nafi pengganti Zulfahmi dalam SIC Racing Team

Oleh Staff Writer 13 Mei 2018 323
Azlan nafi pengganti Zulfahmi dalam SIC Racing Team
Bekas pelumba Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzaman, menolak spekulasi bahawa dia akan kembali dalam kancah itu susulan pasukan SIC Racing Team kehilangan Zulfahmi Khairuddin yang mengundurkan diri, 9 Mei lalu.

Spekulasi itu timbul selepas Azlan memuat naik gambar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di laman sosial peribadinya.

Azlan sememangnya mempunyai pengalaman beraksi dalam kancah Moto2 dari musim 2013 sehingga 2015 bersama pasukan Honda Asia.

Namun, Azlan menolak dakwaan bahawa dia akan kembali membuat penampilan kerana masih terikat kontrak bersama Kawasaki.

"Saya tidak tahu-menahu.

"Saya tidak boleh mengulas apa-apa mengenai hal ini kerana masih terikat kontrak dengan Kawasaki," katanya. 

Zulfahmi membuat keputusan mengejut mengundurkan diri daripada saingan Moto2 selepas gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam empat perlumbaan yang disertainya.

Bagaimanapun, pihak SIC Racing Team mengesahkan akan mengumumkan segera pelumba yang akan menggantikan Zulfahmi menjelang perlumbaan Moto2 seterusnya di Litar Le Mans, Perancis, 18 Mei ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen