UiTM FC menagih semula khidmat pemain importnya musim lalu, Ousmane Fane apabila pemain kelahiran Perancis itu akan diturunkan dalam aksi berdepan Terengganu FC.

Ousmane menjadi salah seorang pemain import yang digugurkan UiTM di awal musim, namun kudratnya kini diperlukan pada ketika The Lion Troops masih memburu kemenangan pertama musim ini.

Hanya satu mata sepanjang pusingan pertama meletakkan UiTM kini sangat terdesak untuk bangkit dalam pusingan kedua.

Jendela perpindahan pertengahan musim digunakan sepenuhnya dan Ousmane Fane menjadi pemain import pertama yang dibawa masuk memantapkan lagi jentera tengah UiTM.

Pemain berusia 28 tahun itu melakukan 10 penampilan bersama UiTM musim lalu dan menjadi antara watak penting dalam membantu pasukan menamatkan saingan di tangga keenam Liga Super.

"Kami telah melakukan rombakan dalam pasukan dan menamatkan kontrak tiga pemain import sebelum ini dan telah digantikan dan salah seorangnya merupakan Ousmane yang merupakan bekas pemain pasukan bagi musim lalu," kata ketua pegawai eksekutif UiTM, Mustaza Ahmad.

Sementara itu, UiTM turut memburu khidmat penyerang dari Brazil itu untuk memperkuatkan jentera serangan.

Ini kerana, barisan hadapan UiTM dilihat tumpul apabila hanya menjaringkan tiga gol daripada sebelas perlawanan.