UiTM FC tidak rela memberi laluan mudah apabila berdepan cabaran hebat menerima kunjungan skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) di Shah Alam, malam esok.

Dalam tiga perlawanan Liga Super 2021, skuad kendalian Frank Bernhardt itu perlu bekerja keras dalam memastikan mata penuh menerusi kelebihan beraksi di tempat sendiri selepas tercicir mata dalam dua perlawanan sebelumnya.

Perlawanan seterusnya UiTM FC sebagai tuan rumah akan menentang pasukan dari selatan tanah air Johor Darul Ta’zim di...

Posted by UiTM FC on Thursday, March 11, 2021



Menurut ketua UiTM FC, Victor Neranold, kelab universiti itu memerlukan lebih masa dalam membentuk keserasian memandangkan mereka dibarisi ramai muka baru.

"Saya percaya dengan pasukan, malah kami lebih mantap berbanding tahun lalu.

"Kami cuma perlukan sedikit masa lagi untuk mencapai keserasian.

"Saya harap dapat membuktikan kepada semua esok walaupun bakal berdepan sebuah pasukan terkuat dalam liga.

"Tetapi kami jangka untuk melakukan sesuatu untuk meraih mata.

"Masih ada 20 perlawanan lagi untuk diharungi, perjalanan masih panjang," katanya.

Arrived safe and sound in Petaling Jaya... Ready for tomorrow! ? #AwayGame #LuaskanKuasamuJohor #JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, March 12, 2021