Kuala Lumpur United berhasrat untuk membuktikan status memang sebagai pendatang baru bukan ukuran buat mereka hebat dalam saingan Liga Super 2021.

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, yang kembali menyarung jersi The Hawks sejak menyertai Gergasi Merah pada 2007, berharap 17 muka baru sedia memberikan cabaran sengit dan aspek itu akan dimantapkan dengan dalam pperlawanan terakhir pra-musim menerusi perebutan Piala Prihatin di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, malam esok, sebelum sepak mula liga 5 Mac depan.



Safee menjadi wira buat juara Piala Malaysia 33 kali itu menjaringkan gol tunggal pertemuan mereka di pentas kompetitif pada 2010.

Namun, selepas 13 tahun berkelana, penggempur berusia 37 tahun itu yakin skuad kendalian Bojan Hodak tersebut bukan sahaja berwajah baru, malah kini mempunyai mentaliti yang berbeza.

"Saya tidak sabar bertemu Selangor yang pernah saya wakili satu ketika dulu, saya tidak sabar untuk menyertai perlawanan esok hari.

"Saya pernah mengecapi kejayaan bersama Selangor tapi KL sentiasa di hati saya. Saya membesar dan mempelajari perjalanan bola sepak dari kecil bermula bersama KL.

"Selangor ada sejarah yang besar pada satu ketika, tetapi KL mempunyai detik yang besar juga menerusi era Fandi Ahmad, Mat Zan Mat Aris dan Razif Ismail, kedua-dua pasukan mempunyai sejarah tersendiri dan sentiasa mahu merebut gelaran Raja Lembah Klang.

"Ia sebagai satu cabaran dan kami ingin menggoyangkan 'pokok yang besar' di sana," katanya dalam sidang media pra-perlawanan sebentar tadi.

Solid win from us! The preparation looking promising. We keep building Kemenangan 4-1 yang mantap! Persediaan yang nampak meyakinkan. Kita terus maju kehadapan! ?? #sampaimatikualalumpur

Posted by Kuala Lumpur United on Tuesday, February 23, 2021


KL, yang dibarisi 17 muka baru, mencipta kemenangan 4-1 ke atas Sabah dalam aksi persahabatan tiga hari lalu.

Tambahnya: Kami masih baru dalam aspek sebuah pasukan dan kami cuba tingkatkan keserasian dan sudah tentu bertemu Selangor ini, kami mengharapkan persefahaman yang lebih baik sebelum kami menghadapi aksi Liga Super pada 6 Mac depan.

"Perlawanan ini baik untuk kami mempersiapkan diri menghadapi perlawanan besar menerusi mentaliti dan fizikal semua pemain apabila baru berlatih dalam tempoh dua minggu ini.

"Sudah tentu saya mengidamkan untuk memenangi edisi pertama, KL dapat merangkul piala ini."

Di sebalik diangkat sebagai pencabar utama kejuaraan musim ini, anak buah Karsten Neitzel perlu menterjemahkan potensi mereka di atas padang.

Selangor bangkit dengan tiga gol untuk mengecewakan Kuala Lumpur 3-2 ketika kali terakhir berentap dalam liga pada 2019.

Perkara itu disuarakan oleh ketua pasukan, Brendan Gan, yang menganggap tiada jalan mudah buat mereka melainkan bekerja keras termasuk memulakan kempen kali ini dengan ampuh.

"Banyak pasukan membina pasukan mantap, KL membawa masuk ramai pemain tempatan berpengalaman.

"Tiada jalan mudah tetapi saya sentiasa berkeyakinan terhadap diri dan pasukan sendiri, kami boleh memenangi mana-mana perlawanan dan ia bergantung kepada kami sendiri," katanya.

Skuad bimbingan pengendali dari Jerman itu menang tanpa dibolosi ketika berdepan PDRM FA dan PJ City FC sekali gus berhasrat ia dapat membakar semangat juang bagi mencabar Liga Super.

Menurutnya lagi: "Kami mahu menang, tidak kira dalam perlawanan sebenar mahupun pra-perlawanan. Fokus utama kami ialah liga tetapi kami mahu beraksi dengan baik dalam perlawanan ini sebagai persediaan menghadapi liga."

Perlawanan yang akan ditayangkan melalui pakej sukan saluran Astro 825 malam itu tidak menghadkan pertukaran pemain.

Justeru, ia dijangka menjadi medan untuk kedua-dua pasukan menguji pemain dalam usaha mendapatkan barisan terbaik tahun ini memandangkan penyerang seperti Ifedayo Olesegun berkesempatan memperlihatkan sentuhan selama 45 minit dua hari lalu selepas hanya melaporkan diri bersama pasukan Isnin lalu, manakala KL mengumumkan pertahanan import, Giancarlo Gallifuoco, hari ini.


Masih tertanya bagaimana nak menonton THE DERBY secara siaran langsung di Astro? ? Ikuti langkah yang tertera! ❤️? #KitaAdalahSatu #85Years #CreatingALegacy

Posted by Selangor FC on Wednesday, February 24, 2021