Tan Cheng Hoe mula memasang percaturan berbeza menjelang perlawanan Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, 3 Jun depan.

Skuad Harimau Malaya kini giat menjalani kem selama sembilan hari ini di selatan tanah air sebagai persiapan sebelum bertandang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kelibat pemain yang berpangkalan di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin, termasuk Ramadhan Saifullah Usman (Johor Darul Ta'zim), penjaga gol muda Terengganu FC, Muhammad Rahadiazli Rahalim; dan pemain naturalisasi, Guilherme De Paula, mula mencuri perhatian pengendali kebangsaan itu yang menyifatkan mereka sebagai senjata rahsia.


PROFIL PEMAIN #4 Panggilan Pertama Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya RAMADHAN SAIFULLAH USMAN Pemain Sayap #FAM #HarimauMalaya

Posted by Football Association of Malaysia on Friday, March 26, 2021


"Muka baru seperti De Paula boleh bersama kawan-kawan dengan suasana terbaik. Luqman pun ada potensi besar sementara Rahadiazli menujukkan prestasi terbaik.

"Walaupun Ramadhan baru pertama kali bersama pasukan, dia menunjukkan komitmen yang tinggi.

"Mereka adalah tonggak masa depan negara, biarpun masih muda tetapi mereka telah menunjukkan sesuatu dengan pasukan," katanya ketika ditemu bual maya wakil Astro Arena, Fina Nasrom, hari ini.

Barisan anak buahnya bakal berkumpul semula seminggu sebelum bertolak, iaitu pada 25 Mei depan.

Namu, Cheng Hoe berharap kelab bersetuju melepaskan pemain mereka dua hari awal dari jadual asal.

"Barisan jurulatih sedang berbincang dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) untuk mengadakan kem latihan lebih lama memandangkan persiapan ini penting amat penting.

"Kemungkinan Bahrain -- seperti yang dirancang dulu -- Australia dan Jordan berminat mengadakan perlawanan pemanas badan (dengan kami)," tambahnya.


Skuad Harimau Malaya Selesai Kem Latihan Pusat Di Johor Bahru "Selepas berbincang dengan barisan kejurulatihan, kita...

Posted by Football Association of Malaysia on Saturday, March 27, 2021