Tolong patuhi prosedur operasi standard (SOP) atau stadium akan kosong lagi.

Itu amaran yang diberikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ghani Hassan, yang melahirkan kebimbangan bahawa nikmat berada di stadium mungkin akan ditarik balik jika penyokong gagal penuhi tuntutan yang dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Itu dalam pemantauan dan akan diberikan tindakan untuk membetulkan keadaan.

"Sebahagian perlawanan dalam puasa ini Insya-Allah venue tersebut akan diambil tindakan," katanya di Wisma FAM hari ini.


? JADUAL PERLAWANAN LIGA PREMIER 2021 - LP9 Penonton telah dibenarkan untuk memasuki stadium tertentu, namun tertakluk kepada kelulusan MFL. #LigaPremier2021

Posted by Malaysian Football League on Wednesday, April 14, 2021


Stadium Bandaraya dan Stadium Sultan Muhammad IV mendapat perhatian dalam laporan KKM sementara venue di Kota Bharu menyukarkan pihak untuk pengurusan mematuhi SOP.

Stadium Bandaraya pula terpalit dengan isu tiada bumbung sekiranya hujan.

"Kami banyak tero,a laporan daripada pemantau KKM.

"Pihak pertama yang akan dipertikaikan adalah MFL sendiri.

"Sekiranya tiada perubahan atau penularan semakin teruk, maka MFL tidak akan membenarkan kemasukan penyokong ke venue terbabit, itu sahaja yang boleh dibuat sementara ini."

? JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2021 - LS9 Saksikan siaran langsung perlawanan PJ City FC lwn Penang FC di TV1 dan Sukan...

Posted by Malaysian Football League on Wednesday, April 14, 2021