Masalah kecederaan tidak jejas semangat Perak bertemu KDA FC

Oleh Muzaffar Musa 16 April 2021 1317
Masalah kecederaan tidak jejas semangat Perak bertemu KDA FC
Ketua jurulatih Perak, Chong Yee Fatt, perlu mengharungi perlawanan getir menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di laman sendiri dalam Liga Super malam esok dengan senarai panjang pemain ditimpa kecederaan.

Antara pemain yang mungkin tidak dapat diturunkan ialah kapten, Shahrul Saad, dan pemain sayap, Firdaus Saiyadi.

Dalam satu temu bual Nadi Arena, Yee Fatt berkata: "Terdapat beberapa kecederaan melibatkan Firdaus, Shah (Shahrul) dan (Ezequiel ) Aguero manakala beberapa pemain lain mengalami ketegangan otot tetapi saya berharap mereka akan dapat diturunkan.

"Ia perlawanan yang besar buat kami. Bagi saya, selain JDT (Johor Darul Ta'zim), Kedah memiliki jentera serangan terbaik dalam Liga Super, jadi kami menyedari kemampuan mereka. 

"Kedah juga memiliki keputusan yang baik dengan mereka kini berada di tangga kedua. Kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan ini.

"Selepas perlawanan dengan Selangor, kami telah melakukan bedah siasat mengenai kekuatan dan kelemahan kami.

"Jadi, kami telah memperbaikinya dan berharap akan mendapatkan keputusan yang positif esok," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen