Melaka United menjadikan bekas penyerang, Marko Simic, sebagai pelan B untuk membarisi kuota import yang akan mengibarkan cabaran dalam Liga Super 2021.

Pendekatan itu terpaksa berikutan penyerang Croatia, Ivan Lendric, berdepan kekangan untuk melaporkan diri.

"Sampai sekarang dia masih belum datang lagi kerana tengah berurusan dengan bekas kelabnya untuk mendapatkan surat pelepasan.

"Sekiranya lambat, kami akan berbincang dengan ejen Marko Simic bagi mendapatkannya secara pinjaman daripada Persija Jakarta," kata Ketua Eksekutif (CEO) Melaka United, Datuk Saiful Mat Sapri.

MUSA penuhi syarat Lesen Kebangsaan untuk Melaka United Football Club beraksi dalam saingan Liga Super 2021. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada FAM dan semua yang mendoakan.

Posted by Melaka United Soccer Association - MUSA on Friday, January 15, 2021


Sepanjang tiga tahun dalam kancah Liga Indonesia, penyerang itu telah meledak 73 gol.

Pemain kelahiran Haiti, Sony Norde, dan Jang Suk-won (Korea Selatan) sudah sah memanjangkan kontrak selain kehadiran pemain antarabangsa Filipina, Manuel Ott.

Pendaftaran pemain Liga Malaysia dilanjutkan dua minggu sebelum sepak mula yang dianjakan ke tarikh baru, 5 Mac depan.