Jurulatih Petaling Jaya (PJ) City, P Maniam, berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang tidak mudah tunduk dengan situasi bagi memastikan hasrat Kuala Lumpur City mencuri mata penuh gagal.

Walaupun ketinggalan selepas membuka ruang buat Kuala Lumpur menghasilkan dua gol dalam tempoh 10 minit babak kedua, kesilapan itu berjaya dilunaskan tuan rumah untuk meledak gol penyamaan 2-2 menerusi R. Kogileswaran di Stadium MBPJ, malam tadi.

Hanya satu mata tapi ia memberi cerita berbeza buat PJ City.

Umum mengetahui kelab Lembah Klang itu sekadar menggunakan kudrat pemain tempatan namun kemampuan PJ City bersaing dengan pasukan yang menggunakan tenaga import boleh diberikan pujian.

Sudah pasti individu yang paling lega dengan keputusan semalam adalah Maniam.

Pengendali itu bijak merencana keadaan walaupun tigak watak penting iaitu Darren Lok, Khairil Anuar Zamri dan Rajesh Perumal tidak dapat beraksi ekoran penggantungan dan kecederaan.

"Kami dihukum kerana kurang tumpuan dalam 10 minit.

"Selepas itu saya membuat beberapa pertukaran untuk memperkemaskan permainan.

"Kami dapat beraksi lebih mantap dengan pemain memberikan komitmen 100 peratus.

"Kami saling bertukar posisi, kami banyak memberi hantaran silang dan bernasib baik meraih gol pada penghujung perlawanan.

"Ini sesuatu yang bagus untuk menjadi bekalan hingga habis musim ini. Kami perlu positif dengan pemain tempatan dan beraksi baik dalam perlawanan seterusnya," katanya dalam sidang media.




Selepas tujuh perlawanan, PJ City yang tidak dibarisi pemain import menerajui pasukan dari Lembah Klang di tangga kelima di bawah Terengganu FC, Penang FC, Kedah Darul aman dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Kami tidak mahu beri tekanan kepada pemain dengan menetapkan kedudukan musim ini.

"Saya sering pesan prestasi adalah mustahak, kami fokus satu persatu perlawanan.

"pemain menunjukkan komitmen yang tinggi dalam perlawanan apabila dibuktikan dengan memastikan kami meraih satu atau tiga mata.

? JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2021 - LS8 Saksikan siaran langsung perlawanan Johor Darul Ta'zim lwn PJ City FC di TV1...

Posted by Malaysian Football League on Thursday, April 8, 2021