Hasrat Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) untuk mengekalkan Manzoor Azwira selaku ketua jurulatih musim depan tampak sukar.

Ini kerana Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hanya memberi pengecualian kepada jurulatih yang berkelayakan sahaja untuk mengendalikan pasukan Liga Super walaupun tidak mempunyai lesen Diploma Profesional AFC.

Sebelum ini Manzoor tampak berpeluang walaupun tidak lesen itu berikutan Setiuasaha Agung Persatuan Belasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, belum memutuskan perkara itu sebelum mendapatkan pandangan daripada badan induk Asia berkenaan.

"Dalam konvensyen baru yang kami keluarkan, mana-mana jurulatih walaupun tidak mempunyai lesen diploma tetapi berasakan berkelayakan, bolehlah mendapat pengecualian daripada AFC melalui tiket 'peluang khas'.

"Program ini diberikan kepada jurulatih yang kompeten (berkelayakan) yang berpotensi menjadi jurulatih di peringkat tertinggi atas faktor lain, mungkin beliau tidak mempunyai sijil tetapi sudah lama menjadi jurulatih.

"Ia hanya akan diputuskan AFC, bukannya FAM," kata Windsor ketika dihubungi wakil Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini.