Kuala Lumpur City sedia rehatkan Dominique Da Silva jumpa Terengganu

Oleh Shaiful Shamsudin 14 April 2021 5343
Kuala Lumpur City sedia rehatkan Dominique Da Silva jumpa Terengganu
Pemain import Kuala Lumpur City, Dominique Da Silva, masih gagal meraih kepercayaan pengendalinya, Bojan Hodak, untuk diturunkan selaku kesebelasan utama dengan alasan belum cergas sepenuhnya.

Hodak enggan mengambil risiko besar dengan mempertaruhkan penggempur itu yang masih tidak cergas sepenuhnya.

Walaupun ini merupakan peluang terbaiknya untuk memainkan sentimen pertemuan dengan bekas pasukan, Hodak tidak rela membayar harga yang mahal pada kemudian hari.

Justeru, penampilan pemain kelahiran Mauritania itu tiada dalam keutamaan Hodak.

"Saya pasti dia tidak akan berada dalam kesebelasan utama.

"Mungkin dia akan memainkan peranan dari bangku simpanan pada separuh masa kedua," katanya ditemu bual maya oleh wakil Astro Arena, Fina Nasrom. 

 

Paulo Josue marked his 50th Super League appearance for Kuala Lumpur City with a goal against Sri Pahang FC last...

Posted by Kuala Lumpur City on Monday, April 12, 2021


Bertemu Terengganu yang menyasarkan tiga mata penting di laman sendiri, Hodak mengakui dia perlu berhati-hati.

Dengan skuad Nafuzi Zain itu memiliki reputasi sebagai pencabar dengan menduduki tangga ketiga, jurulatih dari Croatia tersebut menaruh harapan anak buahnya akan bekerja keras Jumaat ini.

 

📆 JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2021 - LS9 Saksikan siaran langsung perlawanan PJ City FC lwn Penang FC di TV1 dan Sukan...

Posted by Malaysian Football League on Wednesday, April 14, 2021
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen