Jurulatih Penang FC, Tomas Trucha, mengakui tidak terfikir untuk mampu mencapai kedudukan tiga terbaik di pertengahan saingan Liga Super, menganggap situasi tersebut adalah sesuatu yang tidak dijangka sebaik dia menggalas tugas bersama pasukan awal musim lalu.

Kini kepakaran Trucha teralih kepada pertembungan seterusnya bertemu Kuala Lumpur City FC, di mana kedua-dua pasukan memiliki potensi terbaik untuk meledak di Stadium Cheras.

Sebagai pendatang baru dalam saingan Liga Super, Trucha mengakui, sasaran awalnya mengatasi pencapaian semasa pasukan ketika ini.

Namun, digelar sebagai 'giant killer', ia bukan sesuatu yang membuatkan Trucha tersenyum.

Tegas pengendali itu, gelaran itu hanya memberikan tekanan kepada pasukan yang ketika ini berada dalam momentum terbaik.

Masih berbaki 11 perlawanan, Trucha menegaskan apa sahaja mampu berlaku.

"Sejujurnya, saya tidak menjangkakan kedudukan Penang ketika ini. Ia merupakan usaha seluruh individu dalam pasukan untuk memperoleh kedudukan semasa ini," katanya lagi.

Menjelang pertemuan dengan KL City, Trucha menegaskan ia bukan tugasan mudah walaupun daripada segi keputusan barisan Bojan Hodak gagal mencuri tumpuan namun daripada segi prestasi dalam setiap perlawanan ia mampu buat Trucha bimbang.

"Kami baru sahaja menyelesaikan latihan bersama pasukan. Kami sedang menilai dengan rapi untuk menyediakan barisan terbaik untuk perlawanan berikutnya."