Kedah tekad padam mimpi ngeri diaib Terengganu 

Oleh Shaiful Shamsudin 8 April 2021 2935
Kedah tekad padam mimpi ngeri diaib Terengganu 
Penyerang Kedah Darul Aman FC, Kpah Sherman, mengakui kekalahan 3-4 kepada Terengganu FC dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di laman sendiri, Mac tahun lalu, masih segar dalam ingatannya.

Dominique Da Sylva diangkat wira skuad Peteh berkenaan dengan  menjaringkan keempat-empat gol, maka tidak hairanlah ia mahu ditebus penggempur kelahiran Liberia tersebut -- yang turut mencetak satu jaringan ketika itu -- bagi memastikan tiga mata penuh menjadi milik Lang Merah kali ini.

"Kami perlu menang, kami di tahap persembahan yang baik ketika ini. 

"Kami mahu teruskan rentak kemenangan. 

"Di atas kertas, kami pasukan lebih baik dan saya harap kami dapat beraksi sepanjang 90 minit. 

"Ia salah satu daripada permainan terburuk saya, ia masih terngiang-ngian di fikiran jadi saya mahu mereka ke mari untuk membalas dendam selain saya sendiri kekal menyumbat gol," katanya di Alor Setar hari ini. 


 
Posted by Kedah Darul Aman FC on Thursday, April 8, 2021


Sementara itu, jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, menuntut kelibat pemain di bangku simpanan agar sentiasa bersedia sedia apabila diperlukan selain faktor kecederaan di barisan pertahanan apabila Rizal Ghazali menyertai pemain import, Renan Alves, yang berlatih berasingan. 

"Terpulang kepada perlawanan macam mana kami nak masukkan (sesuaikan) pemain dengan kelemahan Terengganu. 

"Kami tidak katakan pemain seperti Azamuddin Akil atau Fayadh Zulkifli semestinya akan dimasukkan.

"Tetapi saya sentiasa percaya dengan pemain yang ingin beraksi, bersemangat untuk membantu pasukan.

"Rizal Ghazali dalam keadaan 50-50 tapi dia nampak agak stabil, tiada otot atau sendi terkoyak yang dilaporkan," katanya.


 

📆 JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2021 - LS8 Saksikan siaran langsung perlawanan Johor Darul Ta'zim lwn PJ City FC di TV1...

Posted by Malaysian Football League on Thursday, April 8, 2021
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen