JDT kembali temui rentak kemenangan 

Oleh Shaiful Shamsudin 2 April 2021 4746
JDT kembali temui rentak kemenangan 
JDT 3 MELAKA 0

Kemunculan pertama Mohamadou Sumareh membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali menikmati rentak kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super. 


Selepas dua seri dalam perlawanan terakhir, JDT mula terbayang kemenangan 3-0 apabila hanya memerlukan lapan minit untuk mendahului 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi, menerusi tandukan Adam Nor Azlin (minit ke-4) sebelum satu kesilapan di benteng Melaka United dihukum Bergson da Silva (minit ke-8).

Kemasukan Danial Amier Norhisham, Akhyar Rashid dan Sumareh dalam separuh masa kedua terus menambah cengkaman Harimau Selatan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan hari ini mengiringi Menteri Belia dan...

Posted by Malaysian Football League on Friday, April 2, 2021



Jaringan ketiga perlawanan menjelma pada minit ke-82 apabila Sumareh mencipta satu larian deras di sebelah kanan sebelum membuat umpanan lolos kepada Bergson bagi menghadiahkan kekalahan sulung buat anak buah Zainal Abidin Hassan itu selepas enam perlawanan.

Sementara itu, Kedah FC mengambil ke atas kepincangan Sri Pahang yang terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas 17 minit wisel pertama ditiupkan. 

Kekasaran ketua pasukan Tok Gajah, Herold Goulon, mengundang kad merah dan 20 minit selepas itu, bidikan Baddrol Bakhtiar, akhirnya menembusi pintu gol lawan. 

Kedah, bagaimanapun, dikejutkan dengan serangan balas pantas pelawat yang menutup babak pertama dengan 1-1 menerusi Nur Izzat Che Awang. 

Pemain import Lang Merah, Kpah Sherman, kembali memberi kelebihan buat tuan rumah apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-48. 

Pada minit ke-71, Baddrol sekali lagi menemui sentuhan pemusnah dengan kepalanya untuk barisan diterajui Aidil Sharin Sahak itu menang 3-1, sekali gus melonjak ke tangga kedua dengan 13 mata -- dua mata di depan Terengganu FC. 

Pasukan Pantai Timur itu terlepas tiga mata ketika melayani kunjungan Petaling Jaya (PJ) FC.

Tanpa penyerang utama, Daren Lok, PJ City yang banyak menguasai bahagian tengah bagaimanapun buntu untuk memecah kebuntuan perlawanan untuk seri 0-0.

 

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER - LS6 #LigaSuper2021

Posted by Malaysian Football League on Friday, April 2, 2021






Keputusan Liga Perdana:

PERAK II 4 SELANGOR II 3 

   

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER - LP6 #LigaPremier2021

Posted by Malaysian Football League on Friday, April 2, 2021
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen