Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin, memberi bayangan untuk mengangkat kaki dan tidak lagi memegang jawatan itu susulan badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M) itu pada hari ini meminda Perlembagaan Klausa 11 berkenaan pencalonan presiden.

Ia dilihat langkah awalnya memberikan tumpuan khusus dalam kelancaran perjalanan badan induk bola sepak negara, iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Klausa 11 sebelum ini menghadkan pencalonan presiden MFL terdiri dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah MFL sahaja.

"Ini pindaan perlembaan. Kalau esok saya berhenti, biarlah ahli perlembangaan yang pilih (calon baru).

"Satu hari saya akan pergi jua.

"Seeloknya jawatan presiden FAM dan MFL dipisahkan walaupun ramai yang mahu saya terus memegangnya," katanya dalam Kongres FAM Keempat di Putrajaya hari ini.


MFL PINDA PERLEMBAGAAN PENCALONAN PRESIDEN Malaysian Football League (MFL) telah meminda Perlembagaan MFL Klausa 11...

Posted by Malaysian Football League on Tuesday, December 15, 2020


Dua perkara lain yang lain yang dibincangkan pembabitan skuad Projek FAM-MSN pada musim depan termasuk rakan kongsi dalam Liga Perdana.

Selain itu, kemasukan penyokong ke stadium mendapat perhatian.

"Kita hidup dalam norma baru, jadi bola sepak perlu dijalankan.

"Ini yang saya tegaskan dalam mesyuarat bersama MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dalam mesyuarat, seeloknya mereka memahami apa yang MFL mampu buat dan berapa banyak yang kami rugi daripada segi kewangan.

"Ini bukan demi kelangsungan hidup sahaja kerana (sedangkan perkhidmatan) bas dan kereta api boleh. Main bola sepak di stadium babitkan orang ramai jadi mereka (MKN dan KKM) takut.

"Kami boleh pergi dengan skala kecil, banyak yang kami boleh buat sebenarnya."