Ghani tepis jadi pilihan terajui MFL 

Oleh Shaiful Shamsudin 14 April 2021 177
Ghani tepis jadi pilihan terajui MFL 
Tampuk kepimpinan penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL) khabarnya mengalami perubahan kecil walaupun ia melibatkan perubahan kerusi panas di posisi presiden bagi menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin.

Difahamkan, posisi itu bakal diisi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ghani Hassan, namun ia hanya akan diumumkan ketika kongres MFL yang dijangka berlangsung pada Jun depan.

Pemilihan presiden baru masih dalam perbincangan sambil Ghani disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk menggantikan kerusi yang bakal ditinggalkan Hamidin itu.

Ketika diajukan soalan itu, dia enggan mengulas panjang.


 

📆 JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2021 - LS9 Saksikan siaran langsung perlawanan PJ City FC lwn Penang FC di TV1 dan Sukan...

Posted by Malaysian Football League on Wednesday, April 14, 2021


Namun, tiada penafian atau pengakuan yang jelas sebaliknya dia menyerahkan sepenuhnya kepada keputusan yang bakal dibuat pihak lembaga pengarah MFL.

"Saya tidak tahu, saya hanya menjalankan tugas sebagai CEO di pejabat. Itu pelan ahli lembaga pengarah untuk menentukan siapakah presidennya. 

"Banyak nama yang timbul, terpulang kepada ahli lembaga pengarah, saya tidak tahu mengenainya," katanya ringkas dalam majlis pelancaran dan undian EMFL Liga Super berlangsung di Wisma FAM, Petaling Jaya, hari ini dengan kejohanan e-sukan bola sepak itu bakal membuka tirai bermula 20 April sehingga 9 Mei depan.

Ketua Pegawai Operasi MFL, Sazly Shaik, juga antara nama yang dikaitkan untuk menggantikan posisi CEO MFL sebaik Ghani diumumkan selaku presiden baru.

Selain Ghani, bekas pegawai eksekutif MFL terdahulu, Kevin Ramalingam, antara barisan calonnya.

 

📆 JADUAL PERLAWANAN LIGA PREMIER 2021 - LP9 Penonton telah dibenarkan untuk memasuki stadium tertentu, namun tertakluk kepada kelulusan MFL. #LigaPremier2021

Posted by Malaysian Football League on Wednesday, April 14, 2021

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen