Casagrande selamatkan maruah Penang FC

Oleh Ammar Hakim 11 April 2021 3635
Casagrande selamatkan maruah Penang FC
PENANG 1 SABAH 1

Penang FC bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1-1 dengan Sabah dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Bandaraya, sebentar tadi

Permulaan yang rancak di antara kedua-dua pasukan, terutama buat Penang yang memberikan amaran terhadap benteng pertahanan Sabah namun tempo permainan berkurangan hingga tamat separuh masa pertama.

Kemasukan Syukri Baharun dalam separuh masa kedua meningkatkan corak permainan Sabah di bahagian tengah -- gerakan dipamerkan berjaya mencari Saddil Ramdani untuk melakukan gerakan ke bahagian tengah sebelum melepaskan rembatan kencang memberikan gol pendahuluan buat Sabah pada minit ke-51.

Ketinggalan tidak mematahkan semangat skuad kendalian     Tomas Trucha itu terus merencanakan gerakan, peluang demi peluang dilakukan gagal membuahkan hasil sehingga minit ke-85, sepakan sudut Amer Azahar berjaya ditanduk Casagrande untuk menyamakan kedudukan sekaligus berkongsi 1 mata dengan pelawat.

Keputusan lain:

Liga Perdana 

PDRM 1 PERAK II 1 

JDT II 0 SELANGOR II 0

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen