Bekas jurulatih Sri Pahang buka mulut 

Oleh Shaiful Shamsudin 13 April 2021 35192
Bekas jurulatih Sri Pahang buka mulut 
Selepas hampir sebulan berdiam diri, bekas jurulatih Sri Pahang, Thomas Dooley, akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar setelah "direhatkan" daripada mengendali pasukan Pantai Timur itu.

Dalam perkongsiannya bersama wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, bekas ketua pasukan Amerika Syarikat (AS) kelahiran Jerman itu direhatkan selepas tewas dua perlawanan pembukaan Liga Super kepada Selangor FC dan Perak FC. 

"Perancangan mereka (pengurusan) masih sama. 

"Kami masih tidak dapat bersama pasukan, kami direhatkan 

"Jadi saya sedang cuba mendapatkan pekerjaan di serata dunia tetapi kalau mereka (Pahang) mahu mendapatkan pandangan saya, sebagai rakan mengapa tidak (membantu)?," katanya dalam wawancara esklusif bersama Astro Arena hari ini. 

Menurutnya lagi, kejadian itu berlaku dengan pantas lalu meninggalkan anak buahnya dalam kebingungan. 

"Kami bermesyuarat dan mereka (pengurusan) memberitahu saya bahawa persembahan dua perlawanan lalu tidak begitu bagus.

"Jadi saya persoalkan apa yang tidak kena? Tapi kemudian kami dimaklumkan agar menjauhi pasukan.

"Saya menerima mesej dan panggilan daripada pemain yang bertanyakan apakah yang terjadi tapi saya tidak boleh mendedahkannya. 

"Saya tidak mahu campur tangan (lagi) memandangkan pasukan perlu memberi fokus kepada bola sepak," katanya.


 

Sepanjang bulan Ramadan ini, aksi #LigaMalaysia2021 akan diteruskan dan ini dia tarikh perlawanan #LigaSuper2021....

Posted by Team Malaysia on Monday, April 12, 2021


Bekas jurulatih Filipina itu turut mendedahkan tentang perancangan masa depannya selain khabar yang mengaitkannya sebagai pengendali skuad Piala Presiden Tok Gajah.

"Saya ada mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak dan saya mungkin akan meninggalkan pasukan minggu depan. 

"Ada pasukan kebangsaan selain sebuah pasukan di Thailand yang mula bertanyakan perkembangan saya.

"Ia sesuatu yang lazim dalam memulakan perbincangan, ia bukan sesuatu yang muktamad.

"Ia tidak tepat, Chris ( Christophe Gamel dari Perancis) yang sedang mengemudi pasukan B-21  jadi saya tiada kena mengena malah dengan pasukan utama sekalipun."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen