Pengurus Terengganu FC (TFC), Zul Fadli Rozi, mengesahkan khidmat penjaga gol utama, Rahadiazli Rahalim, terpaksa dilupakan hingga akhir musim ini selepas mengalami kecederaan 'anterior cruciate ligament (ACL)' dalam sesi latihan semalam.

Ia tamparan hebat buat skuad kendalian Nafuzi Zain itu yang bakal berdepan Petaling Jaya City di tempat sendiri, malam esok.

Pemain tinggi lampai itu yang dipanggil ke kem latihan pusat Harimau Malaya juga pasti terlepas mewakili negara dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun depan.

"Dia memerlukan pembedahan bagi membetulkan ligamen lututnya jadi dia memerlukan tempoh pemulihan yang panjang.

"Boleh dikatakan dia tidak akan bermain lagi untuk musim ini.," kata pengurus itu.

Pemain TFC II , Suhaimi Hussin -- yang kebal dalam tiga perlawanan Liga Perdana -- dipersiapkan untuk bersaing dengan Shamirza Yusoff bagi merebut posisi itu.

? TERENGGANU FC vs PJ CITY FC ? ?| Sesi latihan persiapan terakhir pasukan sebelum perlawanan menentang PJ CITY FC malam esok #TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite #WinBackMission

Posted by Terengganu Football Club on Thursday, April 1, 2021