Pemain tengah Selangor, Brendan Gan, menganggap pencalonannya dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20 ) lebih menarik apabila rakan sepasukan, Syahmi Safari, turut tersenarai dalam 10 terbaik bagi posisi pemain tengah.

Hasrat pemain berdarah campuran dari Australia itu untuk merangkul trofi anjuran Ligabolasepak Malaysia (MFL) berkenaan -- pada 30 Disember ini -- buat julung kalinya bukan mudah memandangkan pemenang musim lalu, Safawi Rasid, juga turut tersenarai dalam kategori yang sama.

Brendan menyimpan hasrat besar untuk mematikan hasrat pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT) itu melakar hatrik ABK selepas turut dikecewakan di tangan pemain yang sama tahun lalu.





Melabelkan pencalonan kali ini bukan sesuatu yang mudah, pemain itu yakin pemilihan setiap pengundi berdasarkan prestasi di atas padang sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

"Pencalonan ini semua bergantung kepada pemain di sekeliling saya juga.

"Saya mahu menang tetapi pada masa sama, sudah seronok untuk berada di posisi sekarang," katanya ketika dihubungi wakil Astro Arena, Fina Nasrom, hari ini.

Lebih menarik, pencalonan kali ini menampilkan Syahmi turut tersenarai.

Tegasnya, dia lebih mengutamakan nama Gergasi Merah andai namanya atau rakan sepasukan itu yang menjadi pilihan pengundi.

"Syahmi beraksi di pelbagai posisi tengah termasuk penyerang jadi ia membuktikan kewibawaannya sebagai pemain.

"Menjadi seorang pemain serba boleh sepertinya memudahkan tugasan saya (di atas padang)," katanya.

Merujuk kepada persediaan musim 2021, Brendan mengakui teruja dengan rombakan pemain.

Dia yakin juara 33 kali Piala Malaysia itu mampu muncul antara pasukan yang akan menjadi pesaing pasukan utama bagi kancah Liga-M 2021.

"Kami memiliki mempunyai barisan hadapan yang berbisa tetapi kami haruslah mula saling mendesak agar dapat menghasilkan yang terbaik."

Let’s support our fellow #RedGiants ! EVERY VOTE MATTERS ? #85Years #CreatingALegacy

Posted by Selangor FC on Monday, December 21, 2020