Penjaga gol Felda United, Zarif Irfan Hashimuddin, bertekad menjadikan musim 2020 sebagai pentas terbaik untuknya kembali menyinar setelah cemerlang menerusi aksi tanpa bolos pada awal musim lalu.

"Bagi saya, untuk musim 2020 bersama Felda, saya akan cuba sehabis baik untuk sekurang-kurangnya membantu pasukan kekal dalam Liga Super dan menempatkan diri di pertengahan carta Liga Super," katanya di padang latihan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, semalam.

Selepas mempamerkan aksi cemerlang di samping PKNS FC musim lalu, kelibat Zarif mula mencuri tumpuan yang melayakkannya dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

"Sebagai seorang pemain, saya perlu berazam untuk mewakili negara.

"Saya akan cuba mendapat kembali panggilan skuad kebangsaan."




Editor: Shaiful Shamsudin