Zaquan pertajam jentera The City Boys 

Oleh Penulis Jemputan 6 Disember 2017 4418
Zaquan pertajam jentera The City Boys 
Kuala Lumpur terus rancak mempersiapkan pasukan bagi mengharungi musim 2018 dan terbaru, mengikat bekas penggempur Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Zaquan Adha Abdul Razak. 

Pengalaman yang dimiliki Zaquan bakal menjadi senjata terbaik pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel, untuk cabaran dalam Liga Super.

"Alhamdulillah, saya masih diberi rezeki mendapat pasukan pada musim baru nanti untuk terus bermain, terima kasih kepada Kuala Lumpur kerana memberi kepercayaan kepada saya. 

"Kuala Lumpur adalah pasukan paling senang dan profesional ketika menjalankan rundingan. Secara tidak langsung, niat saya untuk berada dekat dengan ibu yang tinggal di Negeri Sembilan tercapai. 

"Saya harap semuanya akan berjalan dengan baik pada tahun 2018," ujarnya ketika dihubungi untuk mengesahkan perkara itu. 

Selain Zaquan, The City Boys turut diperkuatkan dengan kehadiran import baru dari Timor Leste, Junior Aparecido Guimaro De Souza, Indra Putra Mahayuddin dan bekas pemain Terengganu, Firdaus Faudzi. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen