Wark tangguh kahwin gara-gara Covid-19

Oleh Tengku Danish Bahri 6 April 2020 1495
Wark tangguh kahwin gara-gara Covid-19
Penularan wabak Covid-19 memaksa pemain Terengganu FC (TFC), Stuart Wark, berkira-kira untuk menangguhkan perkahwinan yang dirancangnya tahun ini.

Tonggak naturalisasi itu mengakui bimbang dengan situasi semasa sambil memikirkan keadaan ibu di Glasgow, Scotland, manakala bapanya di Perth, Australia.

Justeru langkah terbaik katanya adalah untuk mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya mahu pandemik membunuh itu segera dihapuskan.

Menurut Wark, dia kini tinggal bersama keluarga teman wanitanya di Kuala Terengganu dan sedikit sebanyak melegakan kerisauan pemain berusia 31 tahun itu.

"Semestinya saya merindui keluarga yang jauh tapi saya sukakan kehidupan sekarang.

"Majlis perkahwinan saya bergantung kepada situasi semasa, harap-harap keadaan kembali pulih beberapa bulan akan datang.

"Sekurang-kurangnya saya tidak keseorangan di sini kerana ada teman wanita dan keluarganya bersama," jelas Wark.
 

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen