Wan Zack mahu bantu Selangor rebut kejuaraan musim 2019

Oleh Staff Writer 24 Disember 2018 2017
Wan Zack mahu bantu Selangor rebut kejuaraan musim 2019
Pemain tengah Selangor, Wan Zack Haikal Wan Noor, yakin kemampuan yang ada pada dirinya dapat membantu pasukan Gergasi Merah sebagai antara pencabar utama kejuaraan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2019.

Wan Zack merupakan antara pemain baru yang memperkuatkan cabaran Selangor musim depan selepas berhijrah dari Felda United.

Antara pencapaiannya musim ini sudah pasti membantu Felda United meraih gelaran Liga Perdana.

Mengaakui cabaran bersama Selangor pastinya lebih sukar, pemain berusia 27 tahun itu percaya dia mampu memberikan sesuatu kepada pasukan dengan dia dijangka menjadi antara taruhan di bahagian tengah.

"Saya berbangga kerana dapat menyertai Selangor. Saya mahu cuba memberikan yang terbaik bagi musim depan dan bersaing mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama," katanya.

Meskipun merupakan muka baru dalam pasukan, Wan Zack bagaimanapun mempunyai sedikit kelebihan kerana pernah bekerjasama dengan pengendali, B. Sathianathan, ketika di Felda United.

Selain Wan Zack, Selangor turut diperkuatkan dengan beberapa lagi pemain, antaranya Syazwan Zainon, Faiz Nasir, Nurridzuan Abu Hassan serta penjaga gol, Farizal Harun.

"Kami sebagai pemain harus memberikan yang terbaik dalam sesi latihan. Saya berasakan Selangor memiliki barisan pemain muda yang berkualiti dan ia membantu persiapan jurulatih."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen