Wan Zack elak episod hitam dua tahun lalu

Oleh Shaiful Shamsudin 15 Februari 2021 1779
 Wan Zack elak episod hitam dua tahun lalu


Pemain sayap Selangor FC, Wan Zack Haikal Wan Noor, enggan episod hitam ketika latihan pra-musim dua tahun lalu berulang walaupun teruja untuk kembali ke padang sebaik latihan berpusat pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dibenarkan.

Wan Zack Haikal yang mengalami kecederaan serius ligamen lutut sebaliknya menjadikan peristiwa itu sebagai pengajaran agar tidak terburu-buru mendapatkan prestasi terbaiknya menjelang aksi pertama 5 Mac depan.

"Saya akan gunakan perlawanan persahabatan ini dengan baik apabila diturunkan kelak sambil berharap dapat mengelak kecederaan sebelum sepak mula (aksi Liga Super). 

"Saya akan lakukan yang terbaik untuk diri. 

"Trauma itu ada lagi, tiba-tiba perlawanan sebenar rasa tidak sihat, katanya ketika ditanya wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, selepas berkesempatan menjalani latihan pertama berpasukan petang tadi. 

 

Prepping for the new season is back underway. Let's continue to work hard lads! #RedGiants #85Years #CreatingALegacy

Posted by Selangor FC on Monday, February 15, 2021


Pengendali Gergasi Merah, Karsten Neitzer, menyeru barisan pemainnya agar mengambil kesempatan dalam perlawanan pemanas badan sebaik mungkin.

Selangor merangka tiga aksi berdepan pasukan Lembah Klang yang merupakan seteru Liga Super, iaitu PDRM, PJ City dan Kuala Lumpur United dalam masa terdekat. 

"Ibarat sudah lama tidak berjumpa keluarga, nikmatinya lain macam. 

"Saya bersyukur dapat kembali menjalani latihan berpasukan sebab sudah lama sekadar menjalani latihan di rumah. 

"Nikmati dapat sepak bola itu rasa lain."

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen