Tok Gajah di kemuncak prestasi, kata Dollah 

Oleh Shaiful Shamsudin 2 Oktober 2020 166
Tok Gajah di kemuncak prestasi, kata Dollah 
Pengendali Pahang, Dollah Salleh, enggan memperincikan kawalan terhadap penyerang sensasi Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi, dalam pertemuan Liga Super di Stadium Darulmakmur, malam esok. 

Sebaliknya, Dollah berasa senang dengan peningkatan barisan pemain mudanya di sebalik masalah kecederaan yang membelenggu beberapa tonggak utamanya.

Sentuhan berbisa Shahrel Fikri semakin mencuri tumpuan apabila sudah menyumbat sembilan gol dalam sembilan perlawanan tetapi tidak perlu untuk Tok Gajah memberi tumpuan khusus buatnya. 

"Saya tidak kisah (dengan kelibat Shahrel Fikri) tapi memang selalunya kami kena fokus terhadap pemain yang tengah berada dalam prestasi terbaik. 

"Saya percaya kami melihat kepada keupayaan Perak, bukannya individu. 

"Pahang sebagai sebuah pasukan juga di kemuncak prestasi. 

"Kalau kami kekalkan itu, Insya-Allah kami dapat sekat Shahrel mahupun mana-mana pemain," katanya.

Rakan sejawatannya di kem The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic, turut berpandangan sama. 

"Bola sepak bukan ditentukan dengan satu perlawanan, ia berlangsung sepanjang tahun dengan melibatkan 11-13 pemain beraksi bersama-sama. 

"Saya tidak kisah sama ada (Shahrel) Fikri yang meledak gol atau mana-mana pemain sekalipun selagi kami menang. 

"Ia sangat menarik apabila Shahrel dapat melakukannya, dia menempuhi musim yang menarik sementara Guilherme De Paula memudahkan tugasnya. 

"Bagi saya mereka ini adalah tonggak penting," katanya. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen