Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB) dilihat sudah boleh mengucap selamat tinggal dalam misi mengambil alih Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) selepas badan induk negara itu mengumumkan dua pihak yang akan menggalas tanggungjawab berkenaan.

KAKB berhasrat menguasai 51 peratus pemilikan pasukan Lang Merah menjelang 2021 dengan tawaran RM15 juta dilihat sebagai jaminan buat KFA, namun pengumuman Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, baru-baru ini mengundang kemusykilan KAKB.

"Saya dan ahli lembaga koperasi menganggap (tindakan) ini adalah daripada FA kepada FA bukan FC seperti yang dianjurkan (disarankan) FAM.

"MBI ( Perbadanan Menteri Besar Kedah) dipengerusikan oleh menteri besar dan presiden KFA juga adalah menteri besar juga.

"Jadi saya tidak nampak penswastaan itu akan berlaku. Peralihan FA kepada FC tidak akan berlaku," kata Penasihat KAKB, Shaizuwan Kamaruzaman, hari ini.

Hingga ke saat ini belum ada pihak yang menghubungi KAKB untuk merungkai persoalan itu walaupun dikatakan beberapa pihak sudah ada dalam senarai untuk menjadikan KFA sebagai Kedah Darul Aman FC dapat direalisasikan.

MBI BUKA TAWARAN PEMILIKAN SAHAM 80% KDA FC MELALUI KONSORTIUM __________ "Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) ada...

Posted by FA Kedah on Friday, October 23, 2020