Pertahanan PJ City, B. Tinagaran, mengakui kariernya sudah berakhir berikutan mengalami kanser tulang tahap empat sambil memerlukan lebih RM200,000 untuk menampung kos pembedahan dan rawatan susulan.

Arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan masalah kesihatan yang dialami pemain itu yang masih aktif beraksi musim lalu.

Dia yang terpaksa menggantung but sejak November tahun lalu kini terlantar di hospital ekoran kanser tulang dan sedang menjalani proses kemoterapi.

"Ketika menjalani imbasan, saya didapati mempunyai ketumbuhan.

"Saya perlu bersabar untuk menjalani kimoterapi sebanyak 14 kali selain pembedahan," katanya ketika dilawati wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, di Adventist Oncology Center, Pulau Pinang, hari ini.



Kos rawatan yang sudah dikeluarkannya mencecah RM100,000.

Namun, kos bagi pembedahan selepas rawatan kemoterapi keenam adalah sekitar RM80,000 sementara baki rawatan berkenaan berjumlah RM107,000.

"Saya juga sudah cuba mencari (duit untuk membayar yuran perubatan) selain (berikhtiar) mendapatkan sumbangan.

"Bagaimanapun, ia masih tidak mencukupi," kata isterinya, R. Chilaah.