Tempat ketiga tetap sasaran utama

Oleh Penulis Jemputan 27 September 2017 1036
Tempat ketiga tetap sasaran utama
Kapten dan pertahanan Perak, Muhammad Shahrom Kalam, memberi jaminan bahawa pemain-pemain Perak akan meletakkan fokus penuh untuk meriah kemenangan dalam aksi Liga Super berdepan Pulau Pinang, malam ini bagi memastikan tempat ketiga menjadi milik skuad The Bos Gaurus.

Skuad kendalian Mehmet Durakovic perlu mencatat kemenangan bagi memastikan Perak berjaya meraih tempat ketiga liga di belakang Johor Darul Ta’zim )JDT) dan Kedah dan bagi Shahrom, setiap pemain sedar akan tanggungjawab mereka dan akan turun dengan pendekatan positif untuk menumbangkan Pulau Pinang.

“Bagi kami, aksi bertemu Pulau Pinang amat penting jika berjaya meraih tiga mata dan menewaskan Pahang dalam perlawanan seterusnya, kami boleh menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik,” katanya.

Pertahanan kebangsaan itu juga menyifatkan dua aksi terakhir Liga Super sama penting dengan aksi separuh akhir Piala Malaysia berdepan JDT dan walaupun Mehmet mungkin merehatkan beberapa tonggak, Shahrom optimis pemain yang diturunkan akan tetap mampu melaksanakan tugas dengan baik.

“Bagi saya sendiri, kedua-duanya amat penting. 

“Jarak masa antara dua pertandingan ini membolehkan kami melakukan perancangan yang rapi. Buat masa sekarang, fokus akan diberikan kepada Liga Super terlebih dahulu. Kini moral pemain berada dalam keadaan terbaik.”
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen