Sumareh: Belum tiba masa kongsi soal masa depan

Oleh Staff Writer 22 Februari 2020 2413
Sumareh: Belum tiba masa kongsi soal masa depan
Spekulasi pemain naturalisasi Pahang, Mohamadou Sumareh, bakal berhijrah ke pasukan lain dianggap sebagai rahsia peribadi oleh pemain kelahiran Gambia itu.

Tiada penafian daripada Sumareh ketika ditanya ke mana haluannya selepas ini dan hanya menganggap hal itu sebagai perihal peribadi untuk kariernya.

Dia menegaskan tidak berhasrat untuk membincangkan isu itu secara terbuka sambil persediaan untuk menghadapi saingan pembukaan musim 2020 adalah keutamaan.

"Maaf, saya tidak boleh bercakap mengenainya sekarang. Ia perkara peribadi. Apabila sudah tiba masanya, lihat nanti. Saya meminta maaf," katanya.

Kenyataan Sumareh ditambah dengan penghijrahan bekas kapten Pahang, Matthew Davies, yang dianggap satu kehilangan besar dan merentap emosi pemain itu, baru-baru ini.

"Jelas sekali, kehilangan kapten dan rakan baik, ia menyentuh emosi tetapi kami harus teruskan perjuangan. Kini, kami perlu fikirkan saingan liga, itu lebih penting," tambah Sumareh.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen