Sudah sebulan Sumareh tidak muncul -- Dollah

Oleh Ammar Hakim 27 Ogos 2020 29211
Sudah sebulan Sumareh tidak muncul -- Dollah
Pemain sayap, Mohamadou Sumareh, tidak lagi bersama skuad Pahang sekaligus menyaksikan situasi serba tidak sempurna buat skuad kendalian Dollah Salleh untuk meneruskan kutipan tiga mata penuh menjelang pertemuan aksi Liga Super berdepan Johor Darul Ta'zim.

Perkara itu telah disahkan oleh pengendali pasukan, Dollah Salleh, mengenai tonggak utama Tok Gajah, Sumareh yang kini dikaitkan dengan penghijrahan ke pasukan Selatan tanahair, JDT.

"Mengenai Sumareh, sebenarnya dia tidak lagi bersama pasukan sejak sebulan yang lalu, dia tidak muncul dalam sesi latihan," kata Dollah.

"Apa sebab di sebalik perkara yang berlaku, kami akan mendapatkan penjelaskan daripada pihak pengurusan."

Kali terakhir Sumareh beraksi bersama Pahang adalah pada Februari lalu ketika tewas 2-1 kepada Selangor.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen