Situasi membabitkan tonggak import Terengganu FC (TFC), Faris Ramli, yang belum melaporkan diri bersama skuad Peteh mengundang resah.

Pengendali, Nafuzi Zain, sempat meluahkan situasi itu ketika berdepan wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bersambung 22 Ogos ini.

Ketika ini, Faris perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di Malaysia.

Ia menyebabkan pemain dari Singapura itu bukan sahaja akan terlepas pertemuan menentang PJ City, malah mungkin beberapa perlawanan lain.

"Dia perlu dapatkan kecergasan perlawanan, mengharungi aksi persahabatan tetapi mana ada masa lagi.

"Mungkin dia boleh diketepikan untuk perlawanan awal atau masuk sebagai pemain gantian.

"Ia memberi kesan kepada kami memandangkan dia merupakan tonggak utama kami," kata bekas pertahanan itu.


??️ PERLAWANAN PERSAHABATAN | TERENGGANU FC v KELANTAN FA ?️?

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, 8.45 malam

Posted by Terengganu Football Club on Tuesday, August 11, 2020


TFC, bagaimanapun, mempamerkan aksi memuaskan dalam dua perlawanan pemanas badan menerusi kemenangan ke atas Kelantan (2-0) dan Kelantan United (1-0).

Perkembangan itu sekali gus memaksa Nafuzi untuk merangka strategi berlainan tanpa mengharapkan kelibat pemain di jentera serangan itu pada awal liga.

"Kami hanya menjalani dua sesi aksi ujian tetapi belum lagi mencapai prestasi kemuncak."