Sherman, Kipre sumbang kemenangan buat Lang Merah

Oleh Ammar Hakim 5 September 2020 732
Sherman, Kipre sumbang kemenangan buat Lang Merah
KEDAH 2 PJ CITY 1

Skuad Lang Merah terus terbang tinggi tatkala meraih kemenangan dalam aksi Liga Super selepas mengatasi PJ City 2-1 di gelanggang sendiri.


Ia mencetus rasa gembira buat pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak, yang menyaksikan pasukannya kini melonjak ke tangga ketiga liga.

Ia merupakan perlawanan yang mendebarkan apabila PJ City daripada permulaan permainan telah memberikan amaran kepada Kedah.

Pengendali PJ City, K. Devan, melakukan perubahan dalam taktikal ketika seri tanpa jaringan dengan Selangor minggu lalu, dengan menampilkan corak permainan yang pantas.

Gawang Kedah dibolosi pada minit ke-16, percubaan Washington Brandão berjaya membenarkan pelawat mendahului permainan.

Kedah terus berusaha mendapatkan rentak dan berjaya bangkit mengikat permainan lapan minit kemudian, Kpah Sherman menampan masuk hantaran silang daripada pertahanan kanan, Rizal Ghazali.

Tempoh rehat 15 digunakan sebaik mungkin oleh Aidil untuk mencongak langkah dalam usaha untuk mencari gol kemenangan.

Kedah yang melancarkan serangan pada minit ke-68 menerusi Sherman yang bijak melakukan lorongan sebelum disudahkan oleh Kipré Tchétché sekaligus memberikan kemenangan kedua berturut-turut sejak saingan bersambung bulan lalu.

Keputusan lain:

Liga Super

PDRM 1 FELDA UNITED 1

UITM 1 PAHANG 0

Liga Perdana

SELANGOR II 0 KELANTAN 0

TERENGGANU II 2 JDT II 3

PERAK II 5 KUCHING CITY 1

Imej: FA Kedah

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen