Shahrel Fikri terima perhatian positif daripada Durakovic 

Oleh Staff Writer 8 Mac 2020 2080
Shahrel Fikri terima perhatian positif daripada Durakovic 
Perak kecewa gagal membawa pulang mata penuh selepas mendominasi pertemuan menentang Selangor di Stadium Nasional, Bukit jalil, malam tadi.

Pelawat kecewa, mana tidaknya kerana mereka terlebih dahulu memecah kebuntuan sewal minit ke-9.

Shahrel Fikri Md Fauzi membuka akaun jaringan Liga Super peribadinya musim ini selepas mudah memperkotak-katikkan benteng Selangor yang diketuai, Taylor Regan.

Bagaimanapun, The Bos Gaurus memberi ruang kepada tuan rumah untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-31.

Begitupun, mereka gagal memanfaatkan kelebihan penguasaan bola dalam babak berikutnya untuk merampas tiga mata.

"Kami bermain dengan cukup baik dalam separuh masa kedua.

"Tetapi secara jujurnya, Selangor beraksi baik dalam babak pertama kerana kami memberi tekanan dan mengasak apabila kami berpeluang menjaringkan dua atau tiga gol lagi untuk memenangi perlawanan.

"Selangor merupakan sebuah pasukan yang mantap tetapi kami seharusnya memungut tiga mata," kata jurulatih dari Australia itu dalam sidang media malam tadi.  



Dalam kecewa, jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, menjulang Shahrel Fikri sebagai watak penting untuk pasukannya merealisasikan apa sahaja aspirasi mereka musim ini

"Amat penting untuk mempunyai khidmat pemain tempatan yang bertindak sebagai penyerang.

"Kebanyakan pasukan tempatan menggunakan khidmat dua penyerang import. 

"Shahrel Fikri bagi saya meskipun perlu menunggu peluang agak lama namun saya harus memujinya kerana berlari, berjuang dan menghambat bola, mempunyai teknik dan keras. 

"Saya harap dia akan terus beraksi dengan baik."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen