Seperti jatuh ditimpa tangga

Oleh Ammar Hakim 5 September 2020 6682
Seperti jatuh ditimpa tangga
Itulah situasi yang dihadapi Pahang ketika ini selepas kehilangan khidmat ayam tambatan, Mohamadou Sumareh yang telah lebih sebulan tidak bersama pasukan dan terkini mereka dilanda krisis kecederaan.

Berdasarkan tinjauan dalam sesi pemanas badan skuad kendalian Dollah Salleh menjelang pertemuan menentang UiTM FC, terdapat kemungkinan besar penyerang utama pasukan, Dickson Nwakaeme terpaksa direhatkan.

Sementara itu, pengendali skuad Tok Gajah itu turut berkongsi bahawa dua lagi khidmat pemain import tak dapat diturunkan di Stadium UiTM Shah Alam, malam ini.

"Kami perlu memberikan tumpuan kepada perlawanan malam ini cuma agak khuatir dengan masalah kecederaan yang dihadapi pasukan ketika ini," kata Dollah.

"Bagaimanapun, saya percaya di sebalik kekalahan 3-2 kepada Johor Darul Ta'zim minggu lalu, saya percaya jika mereka (pemain-pemain muda) terpilih untuk beraksi akan menampilkan apa yang saya mahukan."


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen