Selesaikan dulu gaji tertunggak -- Stuart

Oleh Nafis Abdullah 1 Mei 2020 134
Selesaikan dulu gaji tertunggak -- Stuart
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, menegaskan tindakan akan diambil oleh badan induk itu terhadap mana-mana pasukan yang mahu membuat pemotongan gaji walaupun masih gagal melunaskan tunggakan lama khususnya pada bulan Mac 2020. 

Amaran keras itu diberikan susulan masih ada pasukan yang belum melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai, bulan lalu.

Sebelum ini, empat pasukan didakwa gagal berbuat demikian iaitu Kedah, Kelantan, Melaka serta Pulau Pinang dan meskipun tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada pemain, Stuart tidak menafikan perkara itu berlaku.

Menerusi satu sidang video, beliau juga memberi penekanan terhadap garis panduan pelarasan gaji pemain dan pegawai untuk diguna pakai kepada mana-mana pasukan yang masih gagal mencapai persetujuan bersama berhubung pemotongan gaji.

"Gaji bulan Mac tidak dibayar, kemudian mahu memotong bayaran April, pemain dan pengurusan pun tidak mencapai persetujuan, itu kami tidak terima. Ia akan menyebabkan terbatal terus bagi sebarang pemotongan yang ingin dilakukan untuk April. Jika masih tidak membayar gaji April, kami akan mengambil tindakan merealisasikan gaji penuh untuk bulan tersebut," katanya.

"Ini adalah satu garis panduan di mana pasukan boleh mengambil keputusan. Ia satu penetapan untuk membantu situasi semasa, di mana pasukan dan pemain tidak boleh mengambil langkah sewenang-wenangnya."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen